Thursday, December 13, 2018

Ariana

Hari ini pertama kali bawa Ariana masuk kelas berenang. Bukan acah-acah kaya tapi Ariana is different. Aku dah tak boleh hidup dalam denial lagi. Ariana dah 5 tahun tapi dia tak macam budak yang umur 5 tahun. Bila aku mula sedar? atau buat-buat sedar? Bila aku attend Ariana punya Graduation Day. Dekat situ aku tengok Ariana tak macam kawan-kawan dia yang sebaya. Dan aku tahu there is something wrong with her. Kalau sebelum ini aku boleh anggap macam "Ala,,nanti dia cakaplah tu, nanti dia oklah tu." tapi sebenarnya tak. Ariana bukan setakat speech delay je.

Aku mula bawa Ariana pergi speech therapy dengan harapan dia cuma speech delay. At first pakar dekat Jiwa Damai tu kata Ariana ok. Tak ada tanda-tanda Autisme. Seminggu lepas tu aku bawa Ariana jumpa speech therapist di Jiwa Damai. Ariana tak keluar bunyi langsung padahal dekat rumah siap menjerit lagi. So, dia suggest aku bawa Ariana buat ujian pendengaran. So, pergilah aku ke Hospital Shah Alam dan ambil appoinment untuk buat ujian pendengaran.

Lepas tu aku bawa Ariana pergi speech therapy di Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Klang. Dekat sana speech therapist tu kata Ariana maybe Global Developmental Delay (GDD). Seriously aku baru pertama kali dengar benda ni. So speech therapist tu suggest aku pergi Klinik Kesihatan Meru untuk jumpa Pakar Kanak-Kanak.

Bertabahlah aku pergi Klinik Meru tu dan menjadi seorang yang penyabar. Bila jumpa doktor dan cakap yang Ariana maybe GDD, doktor tu buat muka pelik and end up Ariana kena buat appointment dengan Occupational Therapy (OT). Pergilah aku bawa surat tu jumpa OT. Sedih juga bila OT tu kata 'dah terlambat ni'. Adakah aku mak yang gagal?

Langkah seterusnya yang aku ambil adalah masukkan Ariana ke kelas berenang since dia memang suka sangat air. So tadi aku bawaklah dia and nampaklah yang trainer dia had difficulty to handle Ariana. Ariana memang tak takut air and siap suruh trainer tu ketepi sebab dia nak lompat dalam air. At last, trainer tu suggest supaya ambil kelas yang one to one supaya lebih senang untuk handle. Aku ya kan jelah apa trainer tu cakap.

As a conclusion, Ariana memang different. Maybe betullah dia GDD. Kalau betullah dia diagnos khas and kena masuk PPKI, aku akan cuti tanpa gaji sebulan bila dia masuk sekolah nanti. Apa-apa pun sekarang ini aku kena ajar diri aku untuk redha, sabar dan tabah dengan apa yang berlaku. Ariana tak salah. Aku kena jadi mak yang terbaik untuk dia.